Sekolah Menengah Agama Al-Basriah

Kuala Tembeling Jerantut Pahang

Papar Artikel

Pengurusan Jenazah

11 Julai 2018 : Pelajar tingkatan 5 SMA Al Basriah turut sama membantu menguruskan jenazah penduduk kampung Tg. Bungor, Kuala Lipis dengan bacaan yasin dan tahlil, solat jenazah dan kebumikan jenazah. 

Semoga ia menjadi suatu pengalaman buat mereka sebelum terjun dalam masyarakat kelak.

Sama2 kita sedekahkan Al Fatihah Buat Almarhumah Saudari Nurul Nasihah binti Salleh, dan semoga rohnya diampuni dan di tempatkan dikalangan orang beriman.

Tag: Kerja amal SMAN Pahang

Papar Artikel

Jalinan Mahabbah SMABKT - Masjid Tg. Bungor

Satu program gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran Masjid Tanjong Bungor, Kuala Lipis, Pahang telah berjaya diadakan. Program ini diadakan pada 01 Julai 2018 yang lalu.

Seramai 40 orang pelajar SMABKT bersama-sama penduduk kampung sekitar tanjong bungor telah membersihkan kawasan sekitar dan dalam masjid. Program ini adalah bagi merapatkan hubungan silaturahim diantara warga SMABKT dengan penduduk kampung disamping dapat memastikan kebersihan dan kecerian masjid dijaga dengan baik.

...

Tag: gotong-royong Masjid tanjong bungor

Papar Artikel

Pemeriksaan Kesihatan Kancing Gigi dan Talasemia

10 Julai 2018 : Dewan Saidina Umar, SMABKT, beberapa orang pegawai daripada Hospital Daerah Jerantut telah membuat pemeriksaan kesihatan suntikan kancing gigi bagi pelajar tingkatan tiga dan ujian saringan talasemia bagi pelajar tingkatan empat SMABKT.

Pemeriksaan ini adalah program kesihatan berkala dan ia adalah bagi memastikan kesihatan para pelajar dalam keadaan baik.

Pihak SMABKT mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran para petugas kesihatan yang hadir di sini.

Semoga program seperti...

Tag: kesihatan SMAN Pahang

Papar Artikel

Semoga Beroleh Kejayaan

08 Julai 2018 : Seramai 11 orang pelajar daripada SMABKT akan mewakili Negeri Pahang bagi beberapa acara sukan yang akan dipertandingankan di peringkat Kebangsaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak bermula 15 Julai hingga 19hb Julai 2018.

Sehubungan itu, para atlet akan berkumpul di Kulliah Sultan Abu Bakar, Pekan bermula 08 - 13 Julai 2018 bagi meneruskan latihan terakhir mereka dan pada 14hb Julai para atlet akan bertolak ke Negeri Perak bagi menyertai Kejohanan Sukan...

Tag: Kessuma