Program Santai “SMATAF FAMILY GATHERING bersama PIBG”
19 MEI 2024
PUSAT BOLING & DEWAN IDAMAN HATI
Matlamat utama program ini adalah untuk mengeratkan ukhuwah antara guru-guru, staf sokongan dan jawatankuasa PIBG selain guru-guru dapat ‘rehat minda’ untuk seketika. Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini terutama jawatankuasa PIBG yang sentiasa membantu dan menyokong usaha sekolah dalam melaksanakan pelbagai program. Semoga program ini dapat diteruskan lagi untuk masa akan datang.