LADAP PAK21 ANJURAN PIBG SMATAF
Sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia, pada 15 Julai yang lalu bertempat di Mudarraj SMA Tengku Ampuan Fatimah, telah berlangsungnya Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Pembelajaran Abad 21 (PAK 21) anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Smataf. Peserta Kursus adalah terdiri dari semua guru SMA Tengku Ampuan Fatimah sendiri. Antara yang terlibat dalam menjayakan kursus ini adalah Encik Adun bin Saryon, Puan Siti Mahina dan Puan Siti Shamilah selaku penceramah dan juga moderator dari Pejabat Pelajaran Daerah Pekan. Objektif utama LDP ini dijalankan supaya semua AJK PAK21 dapat menguasai setiap strategi PAK21, membantu guru lain di sekolah dalam pelaksanaan PAK21 di dalam bilik darjah mulai tahun 2017. Selain itu, pihak sekolah juga ingin memantapkan Teacher Sharing Session dalam kalangan guru. Keseluruhannya, kursus LADAP PAK21 SMATAF berjalan dengan lancar dan para peserta kursus menunjukkan reaksi positif dalam sesi soal jawab. Pihak pentadbir sekolah juga amat berharap PAK21 akan berjalan dengan mantap di SMATAF mulai tahun 2017 ini dan pada masa akan datang.