MAJLIS RESTU ILMU SMA 2018

Pada 12 Oktober 2018 telah diadakan Majlis Restu Ilmu bagi calon-calon peperiksaan yang akan menduduki Sijil Menengah Agama (SMA). Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua SMATAF dan wakil pelajar Tingkatan 4.
 
 Majlis diteruskan dengan pengagihan alat tulis kepada para pelajar. Kemudiannya para pelajar telah mengambil peluang untuk memohon maaf dan restu dari guru-guru yang hadir dalam majlis tersebut.
 
Seluruh warga SMATAF mendoakan agar para pelajar Tingkatan 4 dapat menjawab semua kertas dengan baik dan mencapai kejayaan dalam SMA 2018. 

Tag: restuilmu.sma.2018