2017-2018 Go English Project
Seramai 37 orang pelajar tingkatan 3 yang mewakili 10 buah kumpulan telah menyertai kempen atas talian 2017-2018 Young Students Series Go English! dengan jayanya. Gerak kerja projek yang bermula sejak tahun lalu berakhir pada Februari 2018 akhirnya membuahkan hasil. Mereka yang terlibat telah menerima hadiah iringan dan sijil pencapaian dari pihak ETS di New York. Mereka juga menerima sijil penglibatan dari Kementerian Pendidikan Malaysia.