SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1446H
Daripada Aisyah radhiyaAllahu 'anha, dia berkata: “Ketika aku melihat Nabi ﷺ dalam keadaan lapang, aku berkata: Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah untukku. Rasulullah lalu berdoa: “Ya Allah, ampunilah Aisyah, dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang, yang tersembunyi atau yang nampak.” Aisyah tertawa gembira hingga kepalanya rebah di pangkuan Rasulullah ﷺ. Lalu baginda berkata: Sukakah engkau dengan doa ini? Kata Aisyah: Bagaimana aku tidak bahagia dengan doamu wahai Rasulullah ? Kemudian Rasulullah bersabda: “Demi Allah, sungguh itulah doaku yang aku panjatkan untuk umatku di setiap solat.” (Hadis soheh riwayat Ibnu Hibban)
اللهم صل على محمد وعلى آل محمد
اللهم صل على محمد وعلى آل محمد