PROGRAM KURSUS ASAS SEMBELIHAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA ROMPIN SIRI 1 TAHUN 2024

RABU 30 Oktober 2024, Sekolah Menengah Agama Rompin telah menganjurkan Program Kursus Asas Sembelihan Siri 1 Tahun 2024 bagi pelajar-pelajar SMA Rompin dengan jumlah keseluruhan melibatkan 354 orang pelajar. Program ini dijalankan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Rompin dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

Majlis dimulakan dengan taklimat dan pembahagian kumpulan oleh Ustaz Habib Mustakim, diikuti bacaan doa oleh Ustaz Shahin. Program diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Ahmad Sukri bin Mohamed Sodin, diikuti Sesi pertama kursus yang merupakan sesi teori asas sembelihan telah disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin, Tuan Haji Bunyamin bin Abdul Ghani. Manakala pada sesi kedua pula, pelajar mempelajari amali sembelihan di mana mereka berpeluang menjalani latihan sembelihan burung puyuh dan ayam dengan menggunakan peralatan yang disediakan.

Tag: #HALAL #SEMBELIHAN