
WORLD QURAN HOUR SEKOLAH MENENGAH AGAMA ROMPIN 2025
25 Mac 2025M | 24 Ramadan 1446H
Alhamdulillah, Sekolah Menengah Agama Rompin dengan kerjasama Perpustakaan Pekan telah menyertai World Quran Hour 2025. Program ini melibatkan semua pelajar Tingkatan 5 dan guru-guru, di mana mereka bersama-sama membaca Surah As-Saff serta mendalami maknanya melalui sesi tadabbur. Semoga inisiatif ini dapat menyemai kecintaan terhadap al-Quran dan membawa keberkatan dalam kehidupan kita.