KURSUS ASAS PENYEMBELIHAN HAIWAN

15 Februari 2023 | Jerantut

Pada hari Rabu bersamaan 15 Februari 2023, satu kursus asas penyembelihan haiwan telah dilaksanakan di SMA Pulau Tawar. Kursus ini melibatkan semua pelajar SMAPT. Penyampaian teori dan amali proses penyembelihan telah disampaikan oleh Us. Ahmad Shah bin Jamlus di dewan terbuka sekolah. Setelah itu beberapa orang pelajar telah dipilih untuk melaksanakan proses penyembelihan ayam sebanyak 29 ekor. Setiap pelajar yang dipilih akan menyembelih seekor ayam. Us. Ahmad Shah bin Jamlus juga menunjukkan cara menyembelih kambing. Sebanyak 2 ekor kambing telah disembelih . Selepas itu semua warga sekolah melapah dan menyiang ayam dan kambing yang telah disembelih. Setelah selesai proses menyiang dan membersihkan daging-daging, guru-guru dan kakitangan sekolah memasak secara gotong-royong. Pada malamnya telah diadakan jamuan akhir tahun SMAPT. Semua pelajar , guru-guru serta kakitangan telah menghadirkan diri di jamuan tersebut.

Tag: #program akhir tahun 2022