DEWAN PEPERIKSAAN SPM SMAPT DI SANITASI
19 Februari 2021 | JUMAAT
JERANTUT : Proses sanitasi telah dilaksanakan di dewan peperiksaan SPM 2020 di SM Agama Pulau Tawar. Program ini telah dilaksanakan sebagai mematuhi SOP PKPP di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menghadapi wabak covid-19. Pada 22 Februari nanti akan bermulalah peperiksaan SPM . Adalah diharapkan semua calon SPM 2020 serta para pegawai yang terlibat dilindungi Allah daripada covid-19.