Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Majlis Angkat Sumpah & Akujanji Pelajar Rayuan Asrama

2 April, Sabtu - Turut berlangsung pagi ini ialah Majlis Angkat Sumpah & Akujanji oleh para pelajar yang merayu untuk menduduki asrama. Majlis ini turut dihadiri oleh Puan Pengetua, Penolong Kanan HEP, Ketua Warden, ibubapa dan para pelajar yang terlibat.

Majlis sebegini perlu diadakan khusus untuk menyedarkan para pelajar akan pentingnya menjaga keharmonian dan kerukunan semasa berada di asrama. 

Tag: angkat sumpah akujanji asrama disiplin hep

Pendaftaran SMA Pelangai sesi 2022

2 April, Sabtu - Hari ini bermulanya sesi pendafataran persekolahan SMA Pelangai bagi sesi 2022. Pendaftaran yang bermula pada jam 8.30 pagi ini khusus untuk pelajar tingkatan 4 & 5 sahaja.

Alhamdulillah, sesi pagi ini melibatkan pembayaran yuran koperasi dan pengambilan buku teks berjalan dengan lancar. Pelajar tingktan 4 & 5 turut terlibat dengan program disiplin pada petang ini.

Tag: Pendaftaran sekolah asrama

10 Komputer untuk Kegunaan Makmal Komputer SMAP

31 Mac, Khamis - Sebanyak 10 buah komputer telah sampai ke SMA Pelangai hari ini. Ini adalah projek perbekalan Makmal Komputer yang dijalankan oleh pihak SUK  Pahang ke beberapa sekolah-sekolah menengah agama di Pahang ini. SUK Pahang telah menyumbangkan 10 biji komputer untuk kegunaan pembelajaran komputer di SMA Pelangai.

Pihak SMA Pelangai amat berterima kasih dan menghargai sumbangan ini. Semoga perbekalan ini dapat melancarkan lagi kelas komputer yang telah tergendala semasa...

Tag: makmal komputer bekalan pc smy suk

Kunjungan JPN Pahang ke SMA Pelangai

31 Mac, Khamis - SMAP hari ini telah dikunjungi oleh pihak Sektor Pengurusan Maklumat JPN Pahang. Kunjungan bertujuan melihat kesediaan persediaan Ujian Online pada April nanti.

Beberapa telah terpilih mengikuti ujian tersebut. Ini merupakan sebahagian daripada kajian rintis untuk kegunaan data pendidikan kelak. Pihak JPN turut meminjamkan 30 unit komputer untuk kegunaan tersebut.

Pihak SMAP mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan, dorongan dan kerjasama daripada Pihak JPN Pahang ini....

Tag: komputer ujian jpn spm