Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Papar Artikel

Kembara Virtual : Travelog Isra' Mikraj

11 Mac, Khamis - Sambutan Isra' Mikraj pada tahun ini berbeza dari tahun sebelumnya. Kali ini SMAP bawakan secara langsung dari Facebook Page SMAP. Ceramah ini disampaikan oleh Dr Yunus, merupakan guru Bahasa Arab yang berasal dari Burkina Faso.

Biarpun disampaikan dalam Bahasa Arab, namun anggaran penonton siaran tersebut adalah seramai 900 orang. Dr Yunus menyampaikan ceramah mengenari peristiwa Isra' Mikraj & teladan yang boleh kita pelajari daripada peristiwa tersebut. Sebagai...

Tag: CERAMAH kembara virtual israk isra' mikraj

Papar Artikel

Majlis Solat Hajat Perdana SPM 2020

19 Februari, Jumaat- Pelajar SPM 2020 merupakan salah satu kumpulan pelajar yang sangat terkesan daripada pandemik Covid19 ini. Selain STPM, peperiksaan awam utama ini sememangnya turut mendebarkan pelajar-pelajar.

SPM 2020 yang sepatutnya dijadualkan pada Okt 2020 telah ditunda ke Feb 2021 akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan sejak Mac 2020.

Bagi memberikan semangat dan kekuatan kepada pelajar SPM 2020, SMAP telah melaksanakan kelas tambahan bagi pelajar...

Tag: Solat Hajat perdana spm2020 hajat

Papar Artikel

Hari Orientasi Pelajar Tingkatan 1 2021

21 Jan, Khamis - Saban tahun, SMAP akan menerima pelajar baru khususnya pelajar Tingkatan 1. Suasana tahun ini adalah berbeza kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan bermula awal tahun ini. Ini menyebabkan SMAP terpaksa akur terhadap prerintah tersebut & melaksanakan PdPR.

Namun, Pihak Hal Ehwal Murid (HEM) telah merangka program orientasi kepada pelajar Tingkatan 1. Ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar Tingkatan 1 tentang perkara yang mereka...

Tag: Orientasi Tingkatan1 2021

Papar Artikel

Pertandingan Tazkirah Pendek Isra' Mikraj 1442H/2021M

Pertandingan Tazkirah Pendek 
Sambutan Isra’ Mikraj 1442 H / 2021 M 
 
Anjuran : Badan Dakwah & Qudwah, Sekolah Menengah Agama Pelangai Bentong. 
 
Syarat –syarat pertandingan : 
 
1. Pelajar berdaftar SMA Pelangai Bentong Tahun 2021. 
 
2. Pertandingan ini berkategori Terbuka Lelaki & Terbuka Perempuan. Setiap kategori ada Johan , Naib Johan, & Tempat ke-3. 
 
3. Pelajar berpakaian kemas dan sopan untuk rakaman video. 
 
4....

Tag: pertandingan tazkirah pendek israk mikraj Rasululllah 2021