Sukan SMAP 2017
Jumaat, 20 Januari - Telah berakhirnya program Sukan SMAP 2017 yang bermula pada 19 Januari 2017. Kali ini, acara sukan telah di perbanyakkan bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mencungkil bakat dalam bidang sukan.
Pelbagai acara sukan telah di pertandingkan iaitu Bola Sepak, Bola Tampar, Futsal, Ping Pong, Bola Jaring, Memanah, Badminton dan Sepak Takraw. Sememangnya semua acara ini akan dipertandingkan di peringkat Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang (MASISUPA) Zon 3.
Sebanyak 4 pasukan yang terdiri dari Rumah Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali menghantar wakil pemain yang terhebat untuk bersaing di peringkat sukan sekolah ini. Bagaimanapun, setelah 2 hari berhempas pulas akhirnya Pasukan Rumah Maliki telah menjuarai kejohanan Sukan SMAP 2017 dengan 6 emas bagi seluruh acara sukan.
Tahniah sekali lagi buat Rumah Maliki!