Perlantikan Badan Kepimpinan 2017 dan Pelancaran Program 4K (Keselamatan) "Kempen Anti Buli".
9 Januari, Isnin- Pihak Hal Ehwal MUrid (HEM) SMA Pelangai telah menganjurkan majlis penyerahan watikah perlantikan pengawas sekolah pada hari ini. Pihak sekolah telah mengundang Pegawai Perhubungan Sekolah (PDRM), Tuan Inspektor Fitri Amri Yahya dari IPD Bentong bagi menyerahkan watikah perlantikan. Seramai 45 orang pengawas telah menerima perlantikan pada tahun ini.
" Antara cabaran pelajar pada hari ini adalah untuk mengekalkan disiplin yang baik dan masalah suka membuli atau dibuli oleh pelajar lain" antara petikan ucapan Inspektor Fitri Amri Yahya. Beliau menekankan konsep buli dan kesan negatif gejala buli di sekolah.
Pelancaran kempen anti buli juga diadakan pada awal tahun bagi memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang bahayanya kejadian buli. "Buli adalah perbuatan menganiayai orang lain dan setiap amal yang buruk akan mendapat balasannya di akhirat nanti" antara pesanan Tuan Pengetua kepada pelajar.Akhir sekali tahniah kepada semua pengawas yang dilantik dengan harapan terus cemerlang menjaga amanah yang diberi dan SMA Pelanngai mencapai sifar buli untuk tahun ini Insyallah.