Lawatan Badan Dakwah Dan Qudwah ke Universiti Malaya
6 Dis 2016, Selasa- Alhamdulillah telah selesai lawatan Badan Dakwah Dan Qudwah SMA Pelangai ke Universiti Malaya. Seramai 20 orang pelajar Badan Dakwah Dan Qudwah telah mengikuti lawatan ini yang berlangsung selama 3 hari di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Sepanjang 3 hari ini pelbagai perkongsian yang telah diperolehi berkenaan kehidupan sebagai mahasiswa universiti serta input-input bertemakan dakwah dan ciri sebagai daie. Dr Alihanafiah berkata"Dakwah ialah satu kewajipan dan bukan pelengkap dan ia perlu dilaksanakan secara kreatif dan berstrategi.
Terima kasih kepada Dr Muhamad Alihanafiah, Dr Raja Hisyamudin dan Amir Muzaffar serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang sudi melapangkan masa untuk menjayakan lawatan ini.
Semoga 3 hari yang telah berlalu ini menjadi memori yang terindah dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar dan daie. Manfaatkan segala input yang diperolehi untuk diproses bagi mendapatkan output yang terbaik.