Majlis Makan Malam Tingkatan 5
23 Oktober, Selasa – Kami bertandang ke Seremban! Pelajar Tingkatan 5 SMAP hari ini telah mengadakan Majlis Makan Malam Tingkatan 5 SMAP 2018 di Palm Seremban Hotel. Majlis yang bertujuan meraikan pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM pertengahan November nanti.
Majlis sebegini agak jarang di anjurkan, namun berkat kesungguhan guru-guru dan pelajar akhirnya majlis kekal berjalan seperti yang dirancang. Masing-masing penuh bergaya dengan tema pakaian kasual malam gala.
Tahniah buat guru-guru & pelajar Tingkatan 5!