Ceramah Ustaz TIDO

1 Mac, Khamis - Unit Kaunseling SMAP telah menyediakan satu program motivasi pelajar dengan kerjasama Ust Khailil Razak atau lebih dikenali dengan Ustaz TIDO. Beliau selaku penceramah telah bersama pelajar SMAP selama hampir 8 jam untuk berkongsi kisah bermanfaat, memberi nasihat dan tips yang berguna.

Kelihatan pelajar sangat teruja dengan kehadiran beliau pada hari tersebut. Tambahan gaya percakapan beliau yang santai tetapi sampai membuatkan pelajar sangat tekun mendengar dan mengikuti setiap arahan dan nasihat dari beliau.

Semoga para pelajar mengambil iktibar dari kisah-kisah yang disampaikan dan menggunakan tips-tips yang diberikan beliau untuk belajar dengan lebih efektif disamping menjadi pelajar yang berakhlak mulia.

Tag: motivasi buletinsmap ustaz tido