Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah

berilmu, beramal ,bertakwa,

Papar Artikel

KARNIVAL SUKAN DAN ILMIAH 2020

Pada 28-31 januari 2020 telah berlangsung Karnival Sukan dan Ilmiah. Pada minggu tersebut telah berlangsung pertandingan Ilmiah dan sukan bagi rumah-rumah sukan pada peringkat sekolah. Pada karnival kali ini rumah sukan Uthmaniyyah telah menjadi juara keseluruhan bagi Karnival Sukan dan Ilmiah 2020. 

Tag: #karnivalsukanilmiah2020

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2020

Pada 3.1.2020 telah bermula sesi persekolahan bagi tahun 2020. Pada hari pertama persekolahan pelajar telah berlangsung perhimpunan rasmi bermula dengan ucapan guru bertugas. Tambahan pula, pada hari tersebut sekolah telah dihadiri oleh Pegawai Perhubungan Sekolah PPS Tuan Nik Shamsul bagi membacakan perutusan persekolah awal tahun. 

Tag: #sesipersekolah2020

Papar Artikel

Peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STAM) 2019

Padang Tengku 24 okt 2019 - Pada tanggal 21 okt 2019 bersamaan hari isnin Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah bermula serentak seluruh Malaysia. Hari ini merupakan saat yang sangat mendebarkan bagi semua calon untuk berhadapan hari pertama peperiksaan (fiqh S102) . Namun pihak warga Al-Maidah mendoakan kepada semua calon dapat menjawab dengan tenang  dan dipermudakan. Semoga anak-anak pelajar berjaya dengan cemerlang demi masa depan dan keluarga serta pihak sekolah.

Tag: #STAM2019

Papar Artikel

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2019

PADANG TENGKU SMAPT 2019 - Semua pelajar TINGKATAN 5 telah menjalani peperiksaan bersijil SPM 2019 bermula pada hari ini 16.10.2019 bagi subjek Bahasa Arab kertas satu dan dua. Seluruh warga Smapt mendoakan semua calon dapat menjawab dengan tenang dan berjaya dengan cemerlang. Peperiksaan SPM akan berjalan pada 16.10.2019 dan 17.10.2019 bagi subjek geografi fasa pertama. 

Tag: #SPM2019