KEMPEN JOM KE SEKOLAH 2017
KUALA LIPIS , 6 Februari ,Isnin – Pihak sekolah telah menganjurKan satu majlis serentak seluruh Malaysia bagi menyahut cabaran kementerian Pendidikan untuk majlis pelancaran jom ke sekolah bagi tujuan membenteras pelajar dari terlibat dengan aktiviti-aktivi dan gejala yang kurang sihat mutakhir ini.Pegawai Perhubungan Sekolah Unit logistik dari Ibu Pejabat polis daerah kuala lipis Tuan Amir Bin Mohamad telah membaca teks ucapan yang telah dibuat oleh ketua polis Negara.Di samping itu juga pihak kementerian pendidikan telah menyarankan kepada pelajar supaya sentiasa berwaspada dan menjaga akhlak dan tingkahlaku semasa berada disekolah dan diluar sekolah kerana golongan ini adalah paling mudah terpengaruh dengan perbuatan jenayah.Disamping itu juga pihak kementerian juga telah mengujudkan peti Aduan Disiplin bagi menbendung salahlaku dan jenayah dikalangan pelajar.