Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah

berilmu, beramal ,bertakwa,

pelancaran Usrah Mingguan SMAPT 2019

5 April 2019- Padang Tengku .Badan dakwah sekolah Sma Al Maidah Addiniah telah mengadakan perasmian mingguan Usrah bagi tahun 2019 bertempat di tapak perhimpunan sekolah dan telah di rasmikan oleh GPK Hem sekolah Al Fadhil Ustaz Husni @ Zamrud Bin Hussain.

Objektif dan tujuan diadakan ursah kepada pelajar dan nakib dan nakibah dengan ahli :

1.Memberi kefahaman yang benar dan jelas terhadap Tasawwur Islam kepada pelajar supaya dapat menentukan sikap atau hukum terhadap sesuatu perkara atau permasalahan.

 2.Meningkatkan penghayatan amal Islami dan menghidupkan rasa tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan kemuliaan dan ketinggian ajaran Islam sama ada secara peribadi(fardi) atau berjamaah(jama’i). 

3.Menjalin dan mengukuhkan ikatan ukhuwah dan persaudaraan antara nakib dan nakibah dengan ahli usrah dan memupuk semangat bertindak dan bekerja secara jamaah. 

4.Membina aqliyah jamaiyah di kalangan anggota agar mereka senantiasa memberi keutamaan kepada gerak-kerja secara jama’I atau bertindak mengikut kaedah2 atau keputusan yang dibuat oleh jamaah. 

5.Menyalurkan arahan-arahan jamaah atau gerakan dalam rangka pembinaan anggota mahupun program-program mengislahkan pelajar dan guru. 

6.Menggiat dan menyelaraskan usaha untuk mempelajari selok-belok perjuangan dari pengalaman gerakan-gerakan Islam seluruh dunia. 

7.Mendidik, memupuk bakat serta mengeluarkan daie yang benar-benar mampu dan teguh pendirian serta sihat tubuh badan, sempurna dalam pemahaman ilmu serta akhlak. 

8.Mempastikan bahawa yang bakal menempati sof pimpinan ialah orang-orang yang layak, jujur dan ikhlas.Memastikan bahawa yang memegang pimpinan adalah Al-Rajulul Munasibfil Makanil Munasib – orang yang layak di tempat yang munasabah. 

9.Memastikan bahawa sof perjuangan tidak dimasuki oleh pemikiran yang sumbang atau musuh. 

10.Berusaha meningkatkan bentuk penyusunan organisasi yang piawai atau mampu menghadapi tahap2 perjuangan tanpa diserapi oleh anasir pemecah yang menggugat harakah.


Tag: #2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini