AMANAT PENGETUA
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, syukur kita panjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya, sekolah kita dapat terus berkembang maju dan berperanan dalam mendidik anak bangsa ke arah kecemerlangan.
Sebagai pentadbir, saya Siti Royani binti Ahmad Hafids, amat berbangga dengan pencapaian yang telah diraih oleh warga sekolah, baik dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun sahsiah diri. Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih para pelajar, guru, kakitangan sekolah, serta sokongan padu ibu bapa dan komuniti setempat. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah memberi komitmen dalam memastikan sekolah kita terus menjadi tempat yang menyemai nilai-nilai murni, disiplin, dan prestasi tinggi.
Sebagai institusi pendidikan, sekolah ini berperanan bukan hanya dalam membekalkan ilmu, tetapi juga dalam membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berdaya saing. Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja pintar, tetapi juga matang dalam berfikir, bijaksana dalam membuat keputusan, dan sensitif terhadap keharmonian masyarakat.
Saya menggesa semua pelajar untuk terus berusaha dengan tekun, menjaga maruah dan nama baik sekolah, serta sentiasa berpegang teguh pada nilai-nilai integriti dan kerja keras. Saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik dan kakitangan Al Maidah sentiasa berusaha menjalankan tugas dan amanah ini serta bekerjasasama dalam satu pasukan yang kuat bagi memastikan kecemerlangan akademik, kokurikulum serta sahsiah pelajar serta memastikan kemenjadian pelajar dalam semua bidang yang diceburi. Kepada ibubapa dan penjaga, sokongan anda adalah tunjang kejayaan kami. Kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan keluarga amat penting dalam memastikan perkembangan dan kejayaan para pelajar.
Marilah kita bersama-sama menjadikan sekolah ini sebagai tempat yang penuh dengan inspirasi, kecemerlangan, dan kegemilangan. Dengan semangat bersama, kita pasti akan terus maju ke hadapan.
Terima kasih.
Sekian.