Orientasi Sekolah Tingkatan 1 2018
Orientasi sekolah untuk tingkatan 1 telah berjaya dijalankan pada hari Rabu 3 Januari 2018 yang bertempat di Dewan Tun Abd Razak. Pelajar-pelajar telah didedahkan dengan pelbagai perkara penting seperti pengurusan asrama, kurikulum, kokurikulum, hal ehwal pelajar, disiplin dan SPBT. Program diakhiri dengan sesi membawa pelajar-pelajar melawat keseluruh kawasan sekolah untuk memperkenalkan keseluruhan sekolah kepada pelajar-pelajar baru ini.
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2018
Alhamdulillah, sesi persekolahan sesi 2018 telah bermula dalam keadaan yang baik. hari pertama persekolahan di SMAM telah dimulakan dengan acara perhimpunan pagi di Dewan Tun Abd Razak SMAM seawal jam 7.30 pagi. Selepas nyanyian lagu-lagu rasmi, guru bertugas Cikgu Abdullah B Ismail telah menyampaikan amanat beliau diikuti oleh amanat dari GPK Koku, GPK HEM , GPK Pentadbiran dan diakhiri oleh ucapan Tuan Pengetua. Selamat memulakan sesi persekolahan 2018 dan semoga 2018...
PENDAFTARAN ASRAMA 2018
Alhamdulillah, pendaftaran asrama SMAM telah berjaya dilaksanakan pada hari Isnin 1 Januari 2018 bertempat di ASPURA dan ASPURI SMAM. Pendaftaran telah dilaksanakan oleh semua warden-warden. Ianya bermula seawal jam 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang. Ianya meriah walaupun ianya dilaksanakan dalam keadaan hujan sepanjang hari. Selamat datang kepada semua penghuni asrama SMAM.
PENDAFTARAN ASRAMA DAN TINGKATAN 5 2018
pendaftaran asrama SMA Maran dan pendaftaran tingkatan 5 sesi 2018 akan diadakan seperti ketetapan berikut. Harap maklum dan selamat kembali ke sekolah. Semoga tahun baru ini akan membawa kejayaan yang lebih baik kepada kita dunia dan akhirat.

