
MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR PERDANA 1445H/2024M
Program dilaksanakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada Khamis 4 April 2024 bermula dari jam 5.00 petang. Ianya adalah anjuran Jabatan Agama Islam Pahang dan SMA Maran. Antara hadirin yang hadir ialah Pengarah JAIP, KPP Bahagian Pendidikan JAIP, staff-staff JAIP, YDP PIBG SMA Maran, guru-guru SMAM, guru-guru dari semua 17 SMAN yang lain beserta wakil pelajar mereka, pelajar SAR terpilih dan pelajar-pelajar Orang Asal yang bersekolah di SMAN.Tahniah atas peganjuran majlis yang gilang gemilang ini.