Orientasi Tingkatan 1 SMA Maran 2024/2025
Program dijalankan di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada hari Khamis 14 Mac 2024 bermula dari jam 8.40 pagi hingga 2.00 petang. pelajar didedahkan kepada keperluan kurikulum, disiplin, HEM, asrama, kokurikulum dan lain-lain dalam sesi orientasi ini. Pelajar juga dibawa melawat seluruh kawasan sekolah untuk membiasakan diri dengan persekitaran SMA Maran.