MESYUARAT PELARASAN PROGRAM PEMBANGUNAN AKADEMIK SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI (SMAN) PAHANG MENGIKUT ZON BIL 4/2022

      Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat Maahad SAS bermula dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang dengan dipengerusikan oleh KPP Bahagian Pendidikan JAIP Ustaz Zaidi. Antara ahli mesyuarat yang ditetapkan hadir ialah GPK Kurikulum, GPK Kokurikulum, GPK HEM, Setiausaha Kurikulum, Setiausaha Kokurikulum, Setiausaha HEM, Ketua Bidang Sains dan Matematik, Ketua Bidang Bahasa Arab dan Penyelaras Tingkatan 5.
      Antara agenda mesyuarat ialah:
    1. Ucapan Pengerusi (KPP Bahagian Pendidikan)
    2.Pembentangan Program Pembangunan Akademik
    3.Hal-hal lain

Tag: SMAM 2022 COVID-19