Pengumuman Pengetua SMA Maran mengenai pembukaan sekolah sesi 2021 (17 jANUARI 2021 12.00 TGH)

Assalamualaikum wbt

Ibubapa/ Penjaga SMA Wadi Jauharah(Lembah Permata) Maran 

PENGOPERASIAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada arahan terkini yang dikeluarkan oleh JAIP melalui Bahagian Pendidikan  ekoran kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak KPM berhubung perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan pengoperasian sekolah bagi SMAN Pahang adalah seperti berikut:
2.1 Pelajar yang akan menduduki peperiksaan bersijil sahaja yang akan memulakan pembelajaran di sekolah mulai 20 Januari 2021 (Rabu) dan menjalani pembelajaran SECARA BERSEMUKA.
Pelajar-pelajar yang terlibat ialah:
1) Calon Pep. SMA (Tingkatan 4/2020).
2) Calon Pep. SPM (Tingkatan 5/2020)..
Bagi pelajar asrama dikehendaki pulang ke asrama pada 19hb Januari 2021.

2.2 Manakala PEMBELAJARAN SECARA PdPR akan dilaksanakan kepada Semua pelajar tingkatan 1, 2,3 dan 4/ 2021.

3. Kepada pelajar yang bergejala tidak dibenarkan hadir ke sekolah dan pulang ke asrama sehingga membuat ujian Covid 19 terlebih dahulu.

4. Pihak sekolah memohon kemaafan atas segala kesulitan yang berlaku dan amat berharap agar ibu bapa / penjaga dapat memantau perkembangan anak-anak dan komited untuk mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) yang bakal dijalankan oleh guru-guru.  

5. Semoga semua pelajar tetap komited mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran walau di mana pun berada. Mohon berhubung dengan guru kelas atau guru mata pelajar jika menghadapi masalah berkait dengan pelaksanaan PDPR.  

Didoakan semua pelajar terus dihindari dari segala musibah dan penyakit serta menjaga SOP yang ditetapkan bagi menghindari penularan COVID-19.  

Kerjasama semua pihak dalam hal ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Saya yang menjalankan amanah,

PENGETUA
SMA Wadi Jauharah (Lembah Permata )Maran


Tag: SMAM covid PdPR 2020