
BANNER MOTIVASI BARU UNTUK SMA DAN SPM 2019
Banner motivasi untuk memberi perangsang kepada pelajar-pelajar SMA dan SPM telah dipasang di perkarangan Dewan Tun Abd Razak menghala kearah tapak perhimpunan pagi pada petang Rabu 2 Oktober 2019. Banner ini memaparkan rekod 3 tahun SMA dan SPM untuk dikalahkan oleh pelajar-pelajar SMA dan SPM tahun ini. Banner dipasang oleh Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin sendiri dengan dibantu oleh pemandu SMAM Encik Fadzly. Semoga pelajar-pelajar SMAM lebih bersemangat selepas ini. InsyaALLAH.