
SELAMAT BERSARA CIKGU MUSTAPARUDIN PENGETUA SMA AL-IHSAN
Warga SMAM mengucapkan selamat bersara kepada Tuan Haji Mustaparudin Bin Osman yang merupakan pengetua SMA Al-Ihsan. Beliau telah diraikan dalam satu majlis yang meriah di Dewan SMA Al-Ihsan. SMAM telah diwakili oleh beberapa wakil antaranya Ustaz Shamsuri (Pengetua), Ustaz Khairun Nas, Encik Kadri dan Encik Nizam. Semoga Cikgu Mustapa akan berpencen dalam keadaan sihat dan gembira. InsyaALLAH.