Jauhkan Buli Di Sekolah

Definisi Buli

Tidak ada definisi yang seragam.

Buli adalah perbuatan tingkah laku agresif  yang berulang bertujuan untuk menyakiti individu lain, dari segi fizikal, mental atau emosi. Ciri-ciri buli:

  1. Niat bermusuhan
  2. Ketidakseimbangan kuasa dan
  3. Berulang dalam tempoh masa tertentu.
Jenis-jenis Buli

Buli boleh dikelaskan kepada empat jenis.

Buli fizikal, buli lisan  dan buli berkaitan hubungan adalah yang paling lazim di sekolah rendah dan pembulian siber adalah lebih biasa di sekolah menengah daripada di sekolah rendah.

1. Buli Fizikal

Sumber: home.allergicchild.com

Ini adalah apa-apa buli yang melibatkan memukul, menendang, mencuri, menyembunyikan atau merosakkan harta benda orang lain, atau memaksa mangsa buli melakukan perkara-perkara  yang tidak di ingini. Mangsa mungkin akan diejek, diseksa, dan dipukul oleh rakan sekelas mereka. Buli fizikal hendaklah dihentikan dengan segera kerana kadang-kadang ia berakhir dalam keadaan tragis seperti kecederaan parah atau kematian.

2.Buli Lisan (Percakapan)

Sumber: www.1000do.info

Ini adalah apa-apa buli yang di lakukan dengan percakapan seperti mengusik atau menghina, menyebarkan khabar angin (fitnah), mengancam, dan mengejek orang lain. Ini adalah jenis buli yang paling biasa berlaku

3. Buli berkaitan hubungan

Sumber: bright-side.org

 Ini adalah apa-apa buli yang dilakukan dengan niat untuk membuat seseorang berasa terpinggir atau ditolak seperti dengan keengganan untuk bercakap dengan seseorang; atau menggalakkan orang lain untuk membuli dalam beberapa cara. Buli berkaitan hubungan adalah perkara biasa di kalangan belia, terutamanya kepada kanak-kanak perempuan. Tidak seperti buli fizikal yang jelas, buli berkaitan hubungan tidak berlaku terang-terangan dan boleh terus berlaku untuk jangka masa yang lama tanpa diketahui.

4. Cyber-buli

Sumber: enough.org

Buli siber ialah buli melalui penggunaan  teknologi seperti e-mel, mesej segera, laman rangkaian sosial (seperti Facebook), mesej teks, dan telefon bimbit untuk mengganggu, mengugut, memalukan atau menyasarkan orang lain. Ia boleh mengakibatkan kesalahan undang-undang dan hukuman penjara jika ia memenuhi definisi gangguan siber atau siber-hendap.

Kesan terhadap Buli

Buli boleh memberi kesan terhadap kesihatan fizikal dan emosi dalam kehidupan samada tempoh masa yang pendek atau berpanjangan.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa mangsa buli lebih cenderung untuk:

  1. Merasa tertekan, kesunyian dan merasa cemas;
  2. Mempunyai harga diri yang rendah;
  3. Mengalami sakit kepala, sakit perut, keletihan, dan kurang selera  makan;
  4. Tidak hadir ke sekolah, tidak suka sekolah, dan mempunyai prestasi sekolah yang teruk
  5. Berfikir untuk membunuh diri atau cuba membunuh diri.
Kajian penyelidikan juga menunjukkan bahawa sesiapa sahaja yang terlibat dengan buli sama ada mereka yang membuli orang lain atau mereka yang dibuli mempunyai risiko tinggi untuk mengidap  kemurungan.

Bagaimana cara untuk mengelakkan buli

Apa yang boleh saya lakukan untuk menghentikan buli?

  1. Elakkan menjadi penonton kegiatan buli
  2. Jangan ikut orang ramai
  3. Jangan ketawa semasa seseorang itu sedang di buli
  4. Jangan melibatkan diri dalam gossip
  5. Jangan gunakan internet untuk menyakiti seseorang
  6. Keluar dari kegiatan buli dan pergi dapatkan bantuan
  7. Mengetahui kekuatan diri anda
Tips untuk mengelak diri daripada dibuli

  1. Berkeyakinan diri yang tinggi
  2. Pembuli suka membuli mereka yang lemah dan tidak akan melawan
  3. Pembuli hanya akan mengulangi membuli seseorang jika mereka fikir mereka boleh meneruskan kegiatannya
  4. Jangan tunjukkan kepada pembuli bahawa perasaan anda yang
  5. Sudah tentu ia menyakitkan, tetapi pembuli mendapat kepuasan jika mereka mengetahui mereka berjaya menyakiti perasaan seseorang.
  6. Cuba untuk mengabaikan pembuli
  7. Jika anda tidak boleh mengabaikan mereka, cuba untuk bersetuju dengan mereka (pembuli tidak akan mendapat kepuasan jika anda bersetuju dengan mereka)
  8. Apa yang berlaku bukan salah anda dan tiada siapa sepatutnya dibuli
  9. Anggap lah apa yang pembuli ucapkan itu sebagai kelakar (gurauan) agar tidak mengganggu perasaan anda
  10. Tukar subjek untuk mengalihkan tumpuan pembuli
Rujukan:

  1. https://en.wikipedia.org/wiki/Bullying”>https://en.wikipedia.org/wiki/Bullying
  2. http://home.allergicchild.com/food-allergy-bullying-whats-the-solution/”>http://home.allergicchild.com/food-allergy-bullying-whats-the-solution/
  3. http://bright-side.org/wellbeing-blog/parents/relational-aggression-girl-bullying/
  4. https://www.slideshare.net/jacintaroybal7/bullying2-awarenesspostsubmissionfacebook
  5. https://www.nichd.nih.gov/health/topics/bullying/conditioninfo/Pages/health.aspx
  6. Eunice Kennedy Shriver National Institute of Child Health and Human Development. (2010). Taking a stand against bullying. Retrieved June 17, 2016, fromhttps://www.nichd.nih.gov/news/resources/spotlight/Pages/092110-taking-stand-against-bullying.aspx”>http://www.nichd.nih.gov/news/resources/spotlight/Pages/092110-taking-stand-against-bullying.aspx https://www.nichd.nih.gov/health/topics/bullying/conditioninfo/Pages/health.aspx#top”>[top]
  7. https://www.slideshare.net/jacintaroybal7/bullying2-awarenesspostsubmissionfacebook”>https://www.slideshare.net/jacintaroybal7/bullying2-awarenesspostsubmissionfacebook
Last Reviewed | : | 05 Oktober 2017
Translator | : | Dr. Rozimah Bt. Abdul Latif
Accreditor | : | Dr. Norizzaty Bukhary Bt. Ismail Bukhary

Dipetik dari:
http://www.myhealth.gov.my/buli-di-sekolah/

Tag: SMAM 2019