Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama Sesi 2019
Mesyuarat kurikulum kali pertama untuk sesi 2019 telah diadakan pada hari Isnin 7 Januari 2019 di Bilik Mesyuarat SMAM. Semua guru terlibat dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengetua Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin. Mesyuarat membincangkan post mortem keputusan akhir tahun tingkatan 4 dan program-program kurikulum yang kan dilaksanakan pada sesi 2019 ini. Semoga ianya akan menjadi pemangkin kepada kejayaan SMAM pada tahun 2019 ini. InsyaALLAH.