"Water Dispenser" disita
Pada pukul 11.00 pagi Jumaat 2 Mac 2018, satu pasukan pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Maran telah mengunjungi SMAM untuk menyita alat bekalan air yang dipasang disekolah dan asrama. Pemberitahuan telah dibuat pada 22 Januari 2018 yang lalu mengenai langkah ini kepada semua pelajar SMAM di Dewan Tun Abd Razak. Langkah ini diambil kerana kajian yang dibuat oleh Pejabat Kesihatan Maran mendapati penapis air yang digunakan dalam alat-alat ini telah dicemari oleh 2 jenis virus iaitu Rota Virus dan Noro Virus. Kedua-dua virus ini dipercayai menjadi sebab kepada kejadian cirit birit yang menimpa pelajar SMAM pada minggu keempat persekolahan sesi 2018 yang lalu. Tuan Pengetua telah mengarahkan syarikat yang terbabit dalam penyelenggaraan alat bekalan air ini untuk menukar penapis-penapis pada alat-alat tersebut. Selagi mana penapis-penapis yang ada tidak ditukar, pelajar-pelajar SMAM adalah dilarang dari menggunakan air dari alat-alat tersebut.