Hari Bahasa Arab Khamis 8 Februari 2018
Sebagaimana pada minggu-minggu yang terdahulu, pada hari Khamis ini bersamaan 8 Februari 2018, perhimpunan pagi Khamis adalah dikhaskan kepada program pengayaan Bahasa Arab. Selepas selesai nyanyian Asma Ul-Husna dan bacaan Al-Quran secara berjemaah, majlis diteruskan dengan bacaan Hiwar Bahasa Arab yang dipimpin oleh adik Maisarah Husna pelajar tingkatan 3 Al-Abrar. Program ini adalah bertujuan meningkatkan penguasaan Bahasa Arab dikalangan pelajar-pelajar SMAM