APA ITU MS ISO YANG DIGUNA PAKAI DI JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG TERMASUKLAH SMA MARAN?
MS ISO merujuk kepada piawaian antarabangsa (ISO) yang telah diterima pakai sebagai Piawaian Malaysia (MS) oleh Jabatan Standard Malaysia. Ia merupakan sistem pengurusan kualiti berstruktur yang menetapkan garis panduan, keperluan kerja, dan kawalan proses untuk memastikan produk atau perkhidmatan yang konsisten dan berkualiti.