KEPUTUSAN SMA 2025 TELAH SELAMAT DIUMUMKAN
Alhamdulillah, keputusan SMA 2025 telah selamat diumumkan dalam satu majlis yang diadakan di SMA Al-Khairiah pada hari Isnin 2 Februari 2026 pada jam 11.00 pagi. Alhamdulillah, SMA Maran mencatatkan GPS 1.88 menurun sedikit berbanding 2024 yang mencatatkan GPS 1.75. Penurunan sebanyak 0.13 yang meletakkan SMA Maran di ranking ke 6 terbaik GPS dikalangan 25 buah sekolah agama yang mengambil SMA 2025. 16 orang pelajar mendapat mumtaz, 10 jayyid jiddan, 9 jayyid dan 1 makbul. Tahniah kepada semua pelajar, guru-guru SMA dan semua yang terlibat dalam SMA 2025. Semoga SMA Maran terus cemerlang.