PROGRAM SUNTIKAN HPV TINGKATAN 1 PEREMPUAN
SMA AL ITTIFAQIYYAH GUAI : 8 FEBRUARI 2017 – Pada hari ini satu Program Suntikan HPV telah diadakan di sekolah. Program ini khas bagi pelajar perempuan Tingkatan 1 serta pelajar perempuan yang berusia 13 tahun. Program tersebut telah dilaksanakan oleh Unit Kesihatan Sekolah Temerloh, Klinik Kesihatan Tanjung Lalang. Program ini dilakukan disekolah secara berkala sebanyak 3 kali lawatan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Suntikan atau pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 2 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
“CEGAH KANSER SERVIK MELALUI PELALIAN HPV”