FENOMENA GERHANA BULAN
TEMERLOH – 31 Januari 2018 : Tiga fenomena keatas bulan yang berlaku serentak malam tadi iaitu ‘Super Blue Blood Moon’ atau ‘Gerhana Supermoon’ yang kali terakhir berlaku pada 31 Mac 1866 iaitu 152 tahun lalu, menyaksikan orang ramai di seluruh negara berkumpul untuk menyaksikan sendiri fenomena luar biasa itu tidak terkecuali warga SMA Al Ittifaqiyyah Guai Temerloh. Sebagai tanda mensyukuri nikmat kekuasaan Allah SWT, Badan Dakwah Islamiyah (BADIS) SMA Al Ittifaqiyyah Guai telah menganjurkan solat sunat khusuf. Solat sunat khusuf dilakukan secara berjemaah di Surau SMAIG selepas solat Maghrib, seterusnya mendengar bacaan khutbah gerhana. Solat sunat khusuf dan bacaan khutbah telah diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Haslan Bin Hashim selaku Guru Penasihat BADIS SMAIG. Selepas melakukan solat sunat khusuf, pelajar - pelajar SMAIG menyertai aktiviti pencerapan Gerhana Supermoon di perkarangan Dataran Aspuri. Aktiviti pencerapan dilakukan menggunakan teleskop.