MAJLIS PENGUMUMAN DAN PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) 2025
Majlis Pengumuman dan Penyerahan Slip Keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) 2025 telah berlangsung paada Selasa , 13 Februari 2026 di Surau Al-Hikmah, SMA Al-Ittifaqiah Guai.
Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan serta menghargai usaha dan komitmen para pelajar sepanjang menduduki peperiksaan SMA 2025. Sekolah mencatatkan peningkatan GPS selama tiga (3) tahun berturut-turut iaitu 3.49 (2023) ,2.80 (2024) dan 2.53 pada 2025.

Peningkatan sebanyak 0.27 berbanding tahun 2024 membuktikan usaha berterusan warga sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan akademik.
Bagi pencapaian Pelajar, Mumtaz seramai 10 orang, Jayyid Jiddan 13 orang dan Jayyid seramai 12 orang. Sebanyak 7 daripada 10 subjek menunjukkan peningkatan prestasi. Subjek Tauhid mencatatkan peningkatan tertinggi dengan GPMP 2.26.
Berdasarkan keputusan keseluruhan, SMA Al-Ittifaqiah Guai berada pada kedudukan ranking 16 daripada 18 buah SMAN.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam memastikan kejayaan ini dapat dicapai. Semoga kecemerlangan ini dapat dipertingkatkan pada masa akan datang.