
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BADAN KEPIMPINAN
KHAMIS, 27 Februari 2025 - Seramai lebih 70 orang pelajar yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, dan EXCO Asrama telah menerima pelantikan secara rasmi melalui Majlis Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan SMAIG. Majlis telah dirasmikan oleh Inspektor Mohd Hilmi bin Ismail, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Bera yang juga merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah. Beliau turut diiringi Inspektor Azura Binti Azemi selaku Pembantu Pegawai Perhubungan Sekolah.