Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

MAJLIS PERPISAHAN EN KAMAL BIN SAHI




           SMA AL ULUM ADDINIAH DONG, 21 SEPTEMBER 2017 – Satu majlis telah diadakan sempena pertukaran Penolong Kanan Pentadbiran SMA Dong iaitu Ustaz Kamal bin Sahi ke SMA Al Falah Batu Talam. Majlis ini sepenuhnya dikelolakan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SMAD. Pada jam 7.10 pagi, semua murid berkumpul di dataran SMAD dan menunggu ketibaan tetamu yang diraikan. Pada jam 8.00 pagi, majlis bermula dengan ketibaan tetamu yang dirai dan majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah. Seterusnya, majlis berlangsung dengan ucapan wakil dari pihak sekolah dan ucapan terakhir daripada Ustaz Kamal. Selain itu juga, majlis diserikan lagi dengan persembahan sajak dari wakil pelajar. Majlis ditutup dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu yang dirai. Warga SMAD mengucapkan sekalung terima kasih kepada tetamu yang diraikan untuk jasa yang telah disumbangkan kepada pihak sekolah

 

 Oleh Noor Hazlina Binti Ibrahim pada 29 September 2017 jam 7.40 pagi

 

Tag: MAJLISPERPISAHANENCIKKAMALBINSAHI

0 komen

Sila berikan komen anda di sini