MAJLIS MENANDATANGANI NOTA PERSEFAHAMAN (NOU) SEKOLAH ANGKAT DAN PROGRAM TAHFIZ ANGKAT


26 OGOS 2017 (JUMAAT ) Satu Program yang sangat bermakna dan penting kepada Sekolah telah diadakan di Dewan Utama Sekolah Menengah Agama Al Ulum Addiniah Dong . Majlis Menandatangani Nota Persefahaman ( NOU ) Sekolah Angkat Antara Sekolah Menengah Agama Al Ulum Addiniah Dong Raub Pahang Dengan YB Dato’ Shahiruddin Bin Hj Ab Moin SSAP., SIMP., DSAP., DIMP., PKT. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, Merangkap ADUN Dong .

       Program telah dimulakan seawal 8.30 pagi dan berlangsung kira-kira 3 jam yang berakhir pada jam 11.30 pagi.  Program tambah meriah dengan kehadiran  ibubapa dan penjaga, yang menunjukkan sikap begitu komited dalam usaha dan kerjasama dengan sekolah demi kecemerlangan anak-anak .

       Perjalanan Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Amir Firdaus . Diikuti ucapan Wakil Alumni . Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan Timbalan YDP PIBG dan ucapan wakil Pengetua Sekolah Menengah Agama Al Ulum Addiniah Dong, Ucapan YB Dato’ Shahiruddin Bin Hj Ab Moin. Perasmian Dan Majlis Menandatangani Program Sekolah Angkat Dan Program Tahfiz Angkat, merupakan acara kemuncak selepas gimik Perasmian NOU .

       Program Sekolah Angkat ini merupakan salah satu inisiatif YB Dato’ Shahiruddin Bin Hj Ab Moin Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, sendiri  dalam menyokong  seruan kerajaan  Negeri ke arah pembangunan  Akademik dan pemantapan modal  insan secara berterusan  .  Program ini dirangka atas dasar tanggunjawab sosial serta keprihatinan YB Dato’ Shahiruddin Bin Hj Ab Moin yang sangat  bertanggunjawab  terhadap pembangunan sosial  masyarakat setempat khususnya anak-anak tempatan yang berada di Sekolah  Menengah Agama Al Ulum Adddiniah Dong , Raub Pahang Darul Makmur.

       Rasional program ini diadakan ianya merupakan kerjasama pintar antara sekolah dan Dato’ Shahiruddin Bin Hj Ab Moin melalui sumbangan yang disalurkan  kepada sekolah ini dalam pelbagai bentuk kewangan, bahan sokongan serta peralatan,  diyakini dapat membantu meningkatkan pencapaian akedemik  dan sahsiah pelajar sekolah  ini .  Progaram ini mewujudkan satu jaringan kerjasama jitu di antara pihak sekolah dan YB Dato’ Shahiruddin Bin Hj Ab Moin  sendiri .  Ia juga merupakan kerjasama sekolah  dengan Alumni dan PIBG Sekolah dengan memperkasakan  Program Tahfiz  Al Kahfi di sekolah .

       Melalui program seperti  ini adalah diharapkan dapat terus melonjakkan lagi pencapaian dan kecemerlangan kepada seluruh anak didik di sekolah ini. 

Tag: PROGRAMNOUSMAD2017