Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

MAJLIS PENETAPAN TARGET CEMERLANG PT3, SMA DAN SPM 2017




PROGRAM PENETAPAN TARGET CEMERLANG PT3, SMA DAN SPM TAHUN 2017

Program penetapan Target Cemerlang PT3, SMA DAN SPM telah diadakan pada tarikh 19 Ogos 2017 ( Sabtu ) . Majlis diadakan di Dewan Utama SMA Dong, bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Program telah dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Aris bin Jamin Al Hafiz, Al Fadhil Qadhi Daerah Raub .

Program ini merupakan satu  program yang bertujuan memupuk jati diri pelajar agar sentiasa berazam ingin maju, berlumba-lumba menuju kejayaan serta setanding dengan orang yang telah berjaya dan mencapai kecemerlangan dalam hidup.

                Program ini juga memberi peluang kepada pelajar merancang pembelajaran demi mencapai kecemerlangan masa depan .

                Antara objektif yang dihasrat melalui program ini ialah untuk membangunkan dan mengembangkan potensi pelajar untuk mencapai kecemerlangan, menjadi sumber aspirasi kepada semua pelajar untuk menanamkan rasa pentingnya ilmu pengetahuan,  menggalakkan pencapaian prestasi akademik yang tinggi oleh semua pelajar dan mewujudkan ruang interaksi secara dekat dan bersemuka bersama guru , ibubapa serta murid dalam memantapkan lagi pendidikan akedemik anak-anak .

                Semoga Program ini dapat memotivasikan serta memberi keyakinan tinggi kepada semua pelajar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dengan bimbingan dan seliaan semua guru . ,�R�+�

Tag: PROGRAMPENETAPANTARGET2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini