SAMBUTAN HARI RAYA 2017
SMA AL ULUM ADDINIAH DONG, 21 JULAI 2017 – Sekolah telah mengadakan majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Majlis bermula pada jam 7.30 pagi yang berlangsung di dataran SMAD. Setiap guru kelas bersama pelajar kelas masing-masing menyiapkan persiapan tempat untuk jamuan raya seperti yang ditetapkan. Beraneka makanan hari raya disediakan seperti ketupat, lemang, nasi tomato, nasi impit, satay, beraneka kuih muih dan pelbagai lagi. Majlis dirasmikan oleh YB.Dato Sri’Haji Shahiruddin Bin Ab.Moin SSAP.,SIMP.,DSAP.,DIMP.,PKT ,Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dong , Pengerusi Jawatan Kuasa Koperasi , Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri . Selain itu, YB Dato juga menyampaikan sampul hari raya kepada semua pelajar. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan meriah dan lancar. Dengan adanya majlis ini, semua warga SMAD dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang dibina dan salin bermaaf-maafan.
Oleh : Noor Hazlina