Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

MAJLIS PERSARAAN JASAMU DIKENANG BUDIMU DITUAI







          SMA AL ULUM ADDINIAH DONG, 14 JULAI 2017 – Satu majlis telah diadakan sempena Majlis Persaraan Puan Siti Hasenah binti Mohd Yusuf (Pengetua), Puan Rohaya binti Yaakob (Guru), Encik Mohamad Rohaizat bin Mohamad Aziz (Kakitangan) dan Puan Maimunah binti Mat Saman (Kakitangan) yang telah menamatkan perkhidmatan. Selain itu, majlis ini diadakan sempena pertukaran Puan Nor Asikin binti Shamsudin ke SMA Pelangai. Majlis ini dikelolakan sepenuhnya oleh Kelab Guru dan Kakitangan SMAD. Program dimulakan dengan semua pelajar berkumpul di hadapan pintu pagar utama pada jam 8.45 pagi. Pada jam 9.00 pagi, perarakan tetamu yang diraikan bermula di Pekan Dong sehingga ke dataran sekolah diiringi oleh kelab vespa Lipis. Majlis diteruskan dengan ucapan wakil daripada pelajar, YDP PIBG, Guru Penolong Kanan Kurikulum dan tetamu yang diraikan. Acara diserikan dengan persembahan daripada kumpulan nasyid Munada iaitu Alumni SMAD. Majlis ditutup dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu yang dirai dan semua tetamu menjamu makan tengahari yang diadakan di perpustakaan sekolah. Warga SMAD amat berterima kasih kepada mereka yang diraikan untuk jasa yang  telah disumbangkan kepada sekolah ini.

 

Oleh Noor Hazlina Binti Ibrahim pada 17 Julai 2017 jam 12.30

Tag: MAJLISPERSARAAN2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini