Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2017

SMA AL ULUM ADDINIAH DONG, 16 MEI 2017 – Setiap tahun, tanggal 16 Mei merupakan hari sambutan Hari Guru di Malaysia. Guru Pembina Negara Bangsa merupakan tema yang masih dipertahankan bagi tahun 2017 ini. Segala perancangan dan persiapan bagi menyambut Hari Guru SMAD telah dirangka oleh barisan pengawas & pelajar tingkatan 5. Acara dimulakan dengan membaca perutusan Hari Guru Kementerian Pelajaran Malaysia oleh Tuan Pengetua, Puan Siti Hasenah binti Mohd Yusuf. Seterusnya berlangsung acara sukaneka seperti baling selipar, perah kain batik, boling kelapa, tiup tepung, cabaran sambal hitam dan air kopi. Acara di dalam dewan diadakan selepas rehat. Dengan tema Kesultanan Melayu, guru-guru berpakaian ala-ala zaman kesultanan melayu. Guru-guru diarak ke dalam dewan dengan iringan kompang daripada pasukan kompang SMAD. Acara diserikan dengan persembahan silat, tayangan video dan gimik penyerahan mahkota kepada Puan Pengetua. Majlis ditutup dengan gimik memotong pulut kuning oleh GPK Hal Ehwal Murid, Encik Shoimi Bin Ismail. Para guru amat berterima kasih kepada para pengawas dan pelajar tingkatan 5 yang telah menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2017 dengan jayanya.

Tag: hari guru smad 2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini