Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2016 DAN MESYUARAT AGUNG PIBG




 

Sabtu, 29 April 2017, Sekolah Agama al Ulum Addiniah Dong  telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2016 dan Mesyuarat Agong PIBG. Majlis itu bermula seawal pukul 8.30 pagi. Ibu bapa turut hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di dewan Utama SMAD. Mesyuarat bermula pada pukul 9.00 pagi dan Dipengerusikan oleh YDP PIBG . Agenda Mesyuarat adalah melantik dua orang pencatat minit ,ucapan pengerusi mesyuarat ,membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Agung PIBG ke-21, membentang Laporan Tahunan PIBG,  Membentang Laporan Kewangan  (Mulai 1 Januari 2016 berakhir 31 Disember 2016), membentangkan usul-usul, Pembubaran AJK 2015/2017, Pemilihan AJK 2017/2019, Akhirnya Ucapan penangguhan dan  Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.

            Majlis diteruskan dengan acara Anugerah Kecemerlangan Dan Perasmian . Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan juga ko-kurikulum. Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada pelajar-pelajar supaya terus cemerlang. 

Pada pukul 11.00 pagi Ibu bapa dan penjaga serta tetamu jemputan mengambil tempat. 11.30 pagi Ketibaan En Wan Mazlan Bin Wan Ismail sebagai wakil YB.Dato Sri’Haji Shahiruddin Bin Ab.Moin SSAP.,SIMP.,DSAP.,DIMP.,PKT ,Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dong , Pengerusi Jawatan Kuasa Koperasi , Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri .

            Acara dimulakan dengan  Ucapan alu-aluan pengerusi majlis, Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Aidil Yusri . Kemudian diikuti ucapan Pengetua SMA Al-Ulum Addiniah Dong, ucapan YDP PIBG SMA Al-Ulum Addiniah Dong, ucapan Perasmian Penutup Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22, Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2016 oleh En Wan Mazlan Bin Wan Ismail merangkap wakil YB.Dato’Sri Haji Shahiruddin Bin Ab.Moin SSAP.,SIMP.,DSAP.,DIMP.,PKT(Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dong). Acara kemudian diserikan dengan Persembahan pelajar Tahfiz.

            Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam . akademik berdasarkan keputusan peperiksaan PT3, SMA SPM dan Peperiksaan Akhir tahun 2016. Pelajar-pelajar yang cemerlang serta aktif dalam bidang ko-kurikulum turut diberikan anugerah Cemerlang.


            Penyampaian anugerah diserikan lagi dengan majlis berhenti rehat seketika bagi laluan halwa mata dan telinga, Persembahan Pelajar Kalam Jama’ie dan Coral Speaking oleh gabungan pelajar   tingkatan 3, 4 dan 5 .  Acara kemudian diteruskan dengan  Anugerah Guru dan Sumbangan Khas, Anugerah Tokoh Pelajar, Tayangan Slaid ALUMNI SMAD, Penyampaian Cenderahati kepada Tokoh Perasmi .

           Penerima anugerah PT3 ialah Maisyari Nadhirah binti Ismail ( 9A 2B ), Nur Atiyah Firzana Binti Azhar ( 6A 4B 1C ), Nur Hamiazah Binti Safri ( 6A 4B 1C ), Siti Nur Liyana binti Mohd Arbi ( 6A 4B 1C ),Muhammad Aarif Bin Harun  ( 6A 3B 2C ) dan Izzatul Umniya Binti Zaripin ( 6A 3B 2C ) .

Manakala penerima anugerah SMA Nur Madihah Binti Zulkifli ( 10 Mumtaz ), Nur Eliyani Maisarah Binti Arshad (10 Mumtaz), Nurul Ain Nazira Binti Aznan (10 Mumtaz), Nurul Izzah Binti Mohd Muhaizi (10 Mumtaz), Nurkhairunnisa Binti Abdul Zainul Abidin, Siti Fatimah Zahra Binti Marzuki, Nurul Izzah Binti Abdul Hafiz, Ahmad Iqbal Bin Ab Kahar, Aaina Nur Syafiqah Binti Shamsul Akmar, Syafiq Izzuddin Bin Amzam, Nur Amalina Binti Halim Musadat, Nurul Hidayah Binti Mohd Ariffin, Nur Ain Najwa Binti Zakaria, Nurul Hanin Binti Abdullah Munshi, Siti Jamilah Binti Al Basri, Nur Muhamad Aidil Hakim Bin Rosedee, Muhd Ruzikri Bin Zulkifli, Nur Salihah Binti Mohd Zan, Mohd Solehin Bin Sulaiman, Ainin Nadia Binti Noor Azam, Asma Binti Mohd Zohri, Izzah Athirah Binti Mohd Zamri, Mohd Farhan Bin Saidin, Roshalina Binti Abu Bakar, Aflah binti Abd Taib dan Siti Batrisya Najla Binti Abd Razak .

                           Penerima-penerima anugerah bagi SPM pula ialah Siti Zahirah Binti Harun 9A, siti Nus Shafini Binti Roslan 9A, Nur Liyana Binti Rozaidi 10A, Nur Faizatul Diyana Binti Khalil 8A, Nurul Izzah Binti Mohd Shuhaimi 6A, Nur Khairunnisa Binti Nurkhairuddin 6A, Haz amir Zikri Bin Mohd Hanif 4A dan Muhd Nazmi Bin Nazam 4A .

Seramai 3 orang pelajar telah menerima anugerah Tahfiz  iaitu Muhammad Harriz Bin Azmi, Muhamad Sahrel Bi abu Bakar dan Nur Fatimatul Azzahra Binti Bedu Rahim.

                        Majlis telah selesai dengan jayanya pada pukul 1.00 tengahari. Semua hadirin dijemput menikmati Jamuan ringan dan majlis bersurai .

                        

 

 

Tag: harianugerahcemerlangsmad

0 komen

Sila berikan komen anda di sini