Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

KEM SOLAT SEMPURNA SEKOLAH AGAMA ALULUM ADDINIAH DONG

             KEM SOLAT SEMPURNA SEKOLAH AGAMA ALULUM ADDINIAH DONG : OLEH ZULKARNAIN BIN MAT SALIM

         SMA Dong , 4 Feb 2017 – Kelab Kerohanian Sekolah Menengah Agama Al Ulum Addiniah Dong telah menganjurkan satu program Kem Solat Sempurna yang bertempat di surau Sekolah Sekolah . Seramai 90 orang pelajar termasuk lelaki dan perempuan telah menyertai program ini . Kem Solat ini telah dikendalikan oleh guru kerohanian Sekolah Menengah Agama Dong iaitu Ustaz Muhammad Zulkarnain Bin Mat Salim dan dibantu oleh 10 orang Fasi daripada kalangan pelajar sendiri. Matlamat program ini diadakan adalah untuk memperbaiki kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh para pelajar ketika menunaikan ibadah solat. Selain itu, para pelajar diasuh untuk mengetahui lebih terperinci hikmah pensyariatan ibadah Solat yang telah diperintahkan oleh Allah Swt.  

Tag: KEMSOLATSMADONG

0 komen

Sila berikan komen anda di sini