Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

PERTANDINGAN KECERIAN DAN KEBERSIHAN ASRAMA 2017





LAPORAN PERTANDINGAN KECERIAAN & KEBERSIHAN ASRAMA 2017 : oleh Nur Elia Husna

 

          Satu pertandingan keceriaan dan  kebersihan asrama putera dan puteri telah dijalankan pada hari 13.03.2017 bersamaan hari Ahad yang lalu. Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk sikap disiplin dan tanggungjawab para pelajar dari segi kebersihan dan kekemasan bilik masing-masing. Antara perkara yang dinilai bagi kategori keceriaan ialah langsir diikat, bercadar dan bersarung bantal, selimut disisip di bawah tilam hujung kaki, carta organisasi dan sebagainya. 

           Pertandingan ini dinilai oleh Ketua Warden Asrama  Puan Lailatul Atiqah Hanafi, Puan Nur Elia Husna Mohd Khair selaku wakil warden aspuri dan Encik Mohd Farhan Shah selaku wakil warden aspura. Johan bagi pertandingan ini telah dimenangi oleh bilik 8, naib johan bilik 10 dan tempat ketiga dimiliki oleh bilik 2. Manakala bagi asrama putera Johan dimenangi oleh bilik D,tempat kedua bilik B dan tempat ketiga bilik C. 

           Para pemenang  juga membawa pulang hadiah berupa hamper makanan yang  telah  disampaikan oleh Tuan Pengetua Puan Hjh Siti Hasenah Binti Mohd Yusof dan Encik Mohd Shoimi bin Ismail. Diharap dengan adanya pertandingan seperti ini dapat lagi menceriakan bilik-bilik pelajar seterusnya melatih diri agar lebih menjaga kebersihan dan kekemasan bilik  supaya mudah dan selesa untuk belajar.

Tag: pertandingankecerianasrama

0 komen

Sila berikan komen anda di sini