PROGRAM MENTOR MENTEE SMAD 2017
OLEH : ROSNAH ABDUL MANAB
Pada 13.03.2017 (ISNIN) – Program penyerahan Mentor-Mentee telah Berjaya dilaksanakan yang melibatkan seramai 27 orang Mentor dan 369 orang mentee, purata setiap mentor akan mendapat seramai 14 orang mentee dan mentor merupakan individu yang penting untuk membantu dalam perkembangan sosial, akademik dan kerjaya seseorang pelajar.
Ada kalanya ahli keluarga kurang memahami masalah pelajar serta kekuatan dan kelemahan pelajar terutama potensi pelajar itu. Di sinilah pentingnya peranan mentor (guru) kerana setiap guru telah dilatih untuk menangani masalah tersebut. Berdasarkan kenyataan inilah program mentor mentee ini amat sesuai dilaksanakan.