Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

PELANCARAN 4K SMAD 2017







PELANCARAN 4K SMAD 2017 – OlehHISHAMUDIN BIN ADENAN
 

13 Mac 2017 – Pelancaran program 4K Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah, Dong bagi tahun 2017 telah berlangsung pada hari ini pada pukul 8.30 pagi di Dataran Perhimpunan SMAD. Program yang disambut meriah oleh semua warga SMAD itu telah membuktikan bahawa semangat untuk meneruskan perjuangan saban tahun sentiasa berkobar-kobar di hati semua warga sekolah. Setiausaha bagi program 4K SMAD iaitu Hishamudin Bin Adenan juga berpendapat bahawa pelancaran program 4K yang gilang-gemilang ini perlu dilaksanakan agar dapat memberikan semangat yang luar biasa kepada semua warga SMAD khusunya bagi mendidik para pelajar tentang kepentingan menjaga keharmonian sekolah berteraskan 4K iaitu dari segi aspek Kerohanian, Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan.

Pelancaran ini juga dilaksanakan dengan jayanya di mana setiap biro 4K mempamerkan gimik masing-masing yang sangat menarik dan menghiburkan di samping alunan muzik yang berunsur kejutan/ suspen. Selain daripada mengambil gambar-gambar sewaktu pelancaran tersebut, setiap kategori 4K juga telah merekodkan video gimik masing-masing bagi membuktikan pelaksanaan pelancaran 4K pada tahun ini. Encik Muhammad Zulkarnain Bin Mat salim (ketua biro Kerohanian), Puan Salina Binti Shaharudin (ketua biro Kebersihan), Puan Wan Nurasykin Binti Wan Hussain (ketua biro Keceriaan) dan Encik Mohd Nazli Bin Ismail (ketua biro Keselamatan) telah bersepakat dengan ahli jawatankuasa biro masing-masing bagi memastikan gimik dan pelancaran yang dibuat adalah yang terbaik daripada pelancaran dan gimik pada tahun-tahun yang sebelum ini.

Tuan pengetua, Puan Siti Hasenah Binti Mohd Yusuf juga berharap agar semangat yang lahir dari dalam diri setiap warga SMAD sentiasa mekar dan terus berkembang demi memartabatkan maruah serta keharmonian sekolah agama di samping menyahut seruan program 4K yang sungguh murni ini yang telah lama diterajui oleh Jabatan Agama Islam Pahang.

 
 
 
 

Tag: 4KSMAD2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini