Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

PROGRAM JOM KE SEKOLAH

PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Isnin 6 Februari 2017, SMA Dong telah mengadakan Program “ Jom Ke Sekolah “ .  Satu Program ringkas yang telah diadakan di Tapak Perhimpunan SMA Dong .  Program adalah di bawah kelolaan Badan Disiplin Sekolah dengan kerjasama IPD Daerah Raub.  Program diadakan bersempena pelaksanaan satu program khas “ Jom Ke Sekolah “ seluruh negara pada hari ini .

Program “ Jom Ke Sekolah “ adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian  Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia  (PDRM ) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid .  Penglbatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah ( PPS ) di semua Sekolah Kementerian  Pendidikan Malaysia .

Program berlangsung kira-kira setengah jam bermula 7.30 pagi .  Program telah dimulakan dengan nyanyian lagu rasmi Sekolah iaitu lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah. Kemudian diikuti bacaan perutusan KPN, PDRM oleh Inspektor Murni Pegawai Perhubungan Sekolah ( PPS ) IPD Raub . Program diteruskan dengan acara Perasmian Pelancaran Program “ Jom Ke Sekolah “ dan perasmian Peti Aduan Murid . Acara disempurnakan dengan pemberian cenderahati  dan jamuan.

Program seperti ini diharapkan dapat mewujudkan hubungan mesra dan kolaboratif yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS, yang merupakan objektif utama program ini dilaksanakan pada awal tahun 2017 ini di semua sekolah KPM di seluruh negara .

 �m/������@H

Tag: Jom ke Sekolah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini